Jom Exchange Banner!


475340935640089642_9az4rimd_c_large

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua

Hye semua. Harini izyan nak update pasal "Jom Exchange Banner" macam title dekat atas tu. Actually Izyan baru je buat banner. Teringin rasanya nak ada banner sebab tengok diorang semua ada banner. Comel-comel, cantik-cantik pulak tu. Eii jealous! Hahahah. Dan sekarang, Izyan dah ada banner. Yeayy!! Tapi takdelah secantik dan secomel macam korang punya. Bawah ni banner Izyan. Hoho overexcited pulak .__.


*copy code dalam kotak ni tau*


NAK EXCHANGE BANNER DENGAN SAYA????

Comment dekat entry ni. Comment dan bagi code untuk banner anda. Contoh :
<center><a href="http://izyanstory.blogspot.com/"><img src="http://i.imgur.com/sbFgMHH.png" alt="" width="200" height="auto"></a>
Supaya senang saya nak paste kan korang punya banner dekat bahagian exchange banner dalam blog saya. Dan, kita sama-sama tukar okay? Awak ambik saya punya, saya ambik awak punya. Baru lah fair and square katanya...... Hahahahah ok JANGAN LUPA COMMENT YE ;)

Eh cop-cop. ada lagi yang saya nak cakap. Tolong click kan iklan says saya boleh? Satu je tak banyak pun. Tolong tau? Please...... Hihi thanks ^_^


Cinta memang menyakitkan



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua

Amaran keras, kalau tak suka baca. Awal-awal lagi jangan baca. terus tekan pangkah [x] dekat tab masing-masing. Mungkin entry yang ni agak lawak. Agak menyampah. Agak benci untuk di baca. Hm, saja nak luahkan perasaan. Yelah, dekat sapa nak luahkan lagi.

Cinta tu menyedihkan kan? Kalau kita terlalu berharap, dan apa yang kita harapkan tu tak terjadi, memang sangat-sangat sedih kan? Dan cinta tu memang sangat menyakitkan. Bila gaduh, ego masing-masing tinggi. Masing-masing taknak mengalah. Masing-masing tetap dengan pendirian sendiri. Dan akhirnya akan kecewa. Akan merana. Cinta ni sangat complicated. Masam, pahit, masin, manis. macam-macam boleh rasa. *okay tipu je jangan percaya*

Sebab tu lah cakap orang tua, belajar pandai-pandai dulu. Dah ada kerja sendiri, rumah sendiri, gaji besar, baru lah nak bercinta. Dan time tu boleh lah terus ke jinjang pelamin. Wah bestnya! Tapi apa kan daya, hati ni tetap nak jatuh cinta. Cinta tu fitrah. Kita tak boleh menolak. Tapi kita boleh kawal perasaan tu. Sebab tu cakap orang, jangan terlalu mencintai seseorang. nanti kita yang tersiksa nak lupakan dia bila dia tinggalkan kita. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak sayang? Kau fikir lah sendiri. Kahkahkah! *Lol lawaknya -.-*

Dear awak,
Dalam masa 2 minggu ni, saya tunggu awak topap. Tapi yelah. Awak takda duit. Nak buat macam mana kan? Okay saya boleh tunggu lagi. Tapi dah masuk minggu ke-3. Memang saya tak boleh nak sabar lagi. Saya selalu fikir dalam hati "Sebenarnya dia sayangkan aku ke? kalau dia sayang aku mesti dia akan topap. Mesti dia ada rasa nak text dengan aku. Aku rindukan dia. Rindu sangat-sangat. Tapi dia rindu kan aku jugak ke?" Makin lama, saya cuma biarkan perasaan tu pergi. Saya pendam buat pekasam. Dan sampai satu masa. saya memang tak tahan.

Saya luahkan semuanya dekat awak. Tapi masih sama. Tiada respon. Tiada message. Tiada call daripada awak. Saya rasa macam saya je yang terhegeh-hegeh dekat awak. Macam saya tepuk sebelah tangan yang memang mustahil akan berbunyi. Dan, setiap malam saya menangis. Saya tunggu awak. Saya tunggu message daripada awak. Even haritu pun kita on-the-fone, tapi saya tetap tak puas. Saya rindukan awak yang dulu, Saya nak awak yang dulu :'(

Awak sekarang dah lain. Awak busy, awak langsung tak kisah pasal saya. Agaknya, dalam sehari tu awak langsung tak fikir pasal saya. Awak asyik busy dengan kerja-kerja awak sampai saya pun awak abaikan. saya tahu saya bukan lagi isteri awak. Tapi saya pun ada hati dan perasaan. Bila saya busy sampai lupakan awak. awak marah saya. Tapi bila awak busy, ada saya marah awak? Ye, lama jugak lah saya pendam benda ni. Saya memang taktahan lagi. Saya penat menangis. Saya penat tunggu awak. saya penat berharap sesuatu yang saya tahu memang takkan berlaku. Saya rindu goodmorning and goodnight text daripada awak.

Hari-hari kita gaduh. Padahal gaduh benda yang sama je. dah baik, gaduh balik. Daripada cara awak layan saya, saya dah boleh tahu. Sebenarnya saya ni siapa dalam hati awak, saya ni penting ke bagi awak. Saya dah tahu semua tu. Awak dah lain, awak dah tak macam dulu. Dulu, awak sentiasa ada masa nak message saya. Sekarang? Sehari pun belum tentu dapat text ke tak. Saya nak kan perhatian awak. Saya taknak diabaikan. Bila saya kena abai dengan mak pun, saya rasa sedih sangat-sangat. Sedih rasa mcam takda sapa yang sayang saya.

Kalau awak baca entry ni, saya nak awak faham. Saya nak awak tahu. Apa yang sebenarnya saya nak daripada awak. saya taknak harta awak, saya taknak hadiah daripada awak. saya cuma nak kan PERHATIAN DARIPADA AWAK. Dan sekarang, saya berhenti berharap, saya berhenti text and call awak. Saya berhenti jumpa awak. Saya tahu, Allah tu Maha Adil. Mungkin kali ni, awak buat saya macam ni, tapi hari lain awak akan rasa apa yang saya rasa sekarang. The End.

Izyan tahu, mesti ada orang cakap "Lawak ah, kecik-kecik dah bercinta. Luahkan dekat blog nak bagitahu semua orang lah tu" cakap lah apa pun. Dia yang terakhir. Melainkan jodoh saya dah datang *suatu hari nanti* dan dia bakal suami saya. Wahhh rasa tak sabar pula. Hahahhaha! Saya tahu, mengejar cinta Ilahi tu lebih utama. Sayangkan Rasulullah tu lebih baik. Maaf, saya akan cuba perbaiki diri saya. Saya tahu, entry ni agak meluat. Maaf kan saya. Maafkan saya. Maafkan saya.


Tips guna Blogskin

3133379442_1_12_7ffudx6w_large

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Harini Izyan nak bagi beberapa tips menggunakan blogskin. Maksud Izyan, bukannya tips edit blogskin. Tapi tips guna skin yang sama, dan kita boleh edit macam-macam design yang kita nak. Setiap kali bosan dengan design yang sama, kita takyah lah tukar skin yang baru. Then kena edit semuanya balik. Leceh kan?

  • Kalau korang pilih skins, pilih lah coding yang senang korang nak faham. dan coding yang code nya tak bercampur. macam satu-satu baris lah. ada setengah orang buat skins, dia sambungkan code nya. Bagi izyan, izyan tak faham bila disambungkan, dah nak kena tekan "enter" satu-satu. SANGAT LECEH. Contoh skins http://www.blogskins.com/info/388438
  • Selalunya, izyan kalau pilih skins, suka yang sekali dah ada header. Nanti takdalah susah payah kita nak masukkan code untuk header kan? Dan pilih skin yang header nya dah bersambung sekali dengan body. Tinggal nak ubah size width nya sahaja. And kalau nak buat header tak bersambung dengan body, cuma buang je code header tu. Simple sangat!
  • Pastikan korang simpan 1 file notepad khas untuk code-code yang penting untuk korang edit blog. Senang lah nanti kalau korang nak edit balik blog korang, takpayah nak tengok tutorial daripada blog yang sama. tengok tutorial yang sama. Kalau rajin, takpelah. Dan bila korang selalu tengok tutorial daripada satu blog ni, korang PERLU bookmark page dia. Nanti kalau lupa, terus cek dekat tab bookmark je.
  • Kadang, bila korang tengok blog orang yang cantik, dan korang nak edit sama macam dia, jangan lupa letak "Inspiration of .............. blog" nanti takda lah orang syak yang awak copy-style-edit blog orang tu. Tak pepasal kita pulak yang kena tuduh copycat. *Dah biasa selalu kena macam ni dengan anon yang suka buat cerita*
  • For blogskins, warna blog tak sesuai warna yang terlalu kuat. Blogskins sesuai edit dengan warna yang soft-soft gitu. Nampak kemas. Dan satu keistimewaan blogskins ni, korang letak lah banyak coding sekalipun, blog takkan berat. *agaknya lah* kalau mcm template designer, letak salji pun dah berat kan? Blogskins sangat special. kahkahkah!
  • Akhir sekali, pilih lah skin yang korang boleh guna sampai bila-bila tapi korang boleh edit banyak-banyak kali tak kisah lah bentuk/design/warna apa sekalipun. Dia tetap akan nampak cantik dan kemas dan lawa. Ceh padahal sama je maksudnya. Ini akan permudahkan segala kerja korang untuk mengedit blog. Cuma korang kena pandai main dengan coding jelah.
  • Kalau taktahu nak tambah sesuatu code yang korang belum pernah cuba, kena lah rajin selalu tengok skin-skin yang lain. Dan godek code yang ada dalam skin tu. Dan try dekat blog. Yang pasti, kalau nak blog lawa, kena rajin!
Izyan rasa itu je kot. Oh ya JANGAN LUPA TOLONG CLICK KAN IKLAN SAYS IZYAN BOLEH? Please................................ Izyan minta tolong sangat-sangat ni :-(

http://ysmcdn.com/share/my/2550/3181764

LEPAS BACA, JANGAN LUPA COMMENT SEKALI OK :-D

#SalamMaulidurRasul



Bbs5sm-cmae0ojb_large

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua

Salam Maulidur Rasul kepada readers blog Izyan. May Allah bless us today and perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. InshaAllah kita akan dapat manfaatnya di akhirat nanti.
Rasulullah bersabda : "Orang yang berselawat ke atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali."-HR Muslim
Haritu masa hari Selasa, buat experiment chemistry pasal Nephtalene. Daripada keras jadi air. Then kene rekod masa, hahahahahhahaha salah time rekod masa tu -.- sepatutnya kena ada masa yang maintain. Ni semua makin lama makin menaik. Mana taknya guna stopwatch pun salah. Sepatutnya takboleh stop kan stopwatch tu after 30 seconds. tapi kitaorang stop kan jugak. Cikgu mengamuk macam gorilla. Lol tapi takda lah marah sangat. Cuma cikgu kata "FAIL!" and kitaorang terus muram. Sedih................

Then, time nak jadikan dia beku balik, pun sama jugak. Bila cikgu kata "FAIL!" kitaorang ingat takpayah buat lagi. Rupanya yang fail tu masa panas kan je. Bila nak bekukan tu kena buat. Ni semua sebab Yasmin. kahkahkah! Tak pasal-pasal Izyan pulak yang kena cubit dekat pinggang. Nasib tak sakit woooo! Alah takpelah experiment akan datang buat betul-betul. Hikhik :B
KIMIA SANGAT BOSAN! ADDMATH SANGAT SUSAH!
Esok ambik duit RM100 dekat sekolah! Yeayyyy tapi duit tu kena bagi mama, katanya nak bayar yuran lah apa lah. Hm baru nak buat duit sendiri. Hahahhahahahaha -.- And cikgu kata lepas ambik duit tu ada program sempena Maulidur Rasul. Dah lah kena duduk dekat perhimpunan. Memang balik rumah bukak tudung berbelang muka. Buat lah kat dalam dewan, Huh cikgu -.- harap lah esok hujan biar cikgu buat dekat dalam dewan. Amin!

Dan saya nak mintak jasa baik korang semua, tolong klik kan link says Izyan boleh???? Please......................... Izyan betul-betul nak guna duit bulan depan. Hm, seriously jealous dekat Kak FD dah berapa kali dia dapat cashout duit. Nak kumpul duit memang harapan lah kan. asyik guna beli makanan dekat kantin sekolah je. Memang susah sangat nak simpan duit tu. Hm mintak tolong ye????????

TOLONG KLIK KAN, TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING, TERIMA KASIH IF KORANG TOLONG CLICK KAN LINK SAYS BAWAH NI!!




Tempahan siap!


Tumblr_mgnb7igfra1r60zhwo1_500_large_large

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua

Hye-hye-hye. Alhamdulillah rezeki bertambah-tambah. Save duit untuk topap. Tapi kan sebenarnya, 5 ringgit tahan 3 hari je. Izyan pun pelik, padahal text je, tiba-tiba tengok credit tinggal 2 ringgit lebih. Sememangnya Maxis suka makan credit orang, suruh topap tapi.......... k sabar-sabar. Haha.

Bawah ni, contoh mereka yang tempah daripada Izyan. Maaf kalau tidak memuaskan hati awak-awak semua. Dan terima kasih sudi tempah daripada Izyan. Lain kali tempah lah lagi okay? :-)


RM 3


RM5


Full edit : RM15 (Header, footer, button contact, twitter, cursor)
Boleh blogwalking ke blog Wani http://bilawanibercerita.blogspot.com/


Full edit : RM10 (Header, corak belakang body, navi)
Boleh blogwalking ke blog Liyana http://liyanapunyastory.blogspot.com/

Amacam? Okay ke K.O? Hehehhee comment lah sekali :3

Tips Mengatasi Rasa Malas Belajar



4dmq5_large

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua..

Saya tahu, dah start sekolah ni. Makin banyak homework yang kena buat kan? Lagi-lagi bila batch 97's yang tahun ni tingkatan 4. Memang terasa sangat-sangat homework tu bertambah! Dan, bila dah ada homework, mula lah rasa malas nak buat. Dah biasa dah, pelajar sekolah tahu lah macam mana en~

BEBERAPA TIPS UNTUK MENGATASI RASA MALAS BELAJAR :-

1) Balik sekolah terus mandi. 
Jangan tangguh-tangguhkan. Sebab selalunya lepas balik sekolah mesti mengantuk en? Dah baring, malas nak bangun. Lepastu tengah tengok tv, tiba-tiba mata terlelap. Bangun pulak dah nak maghrib. Memang malas sangat rasanya nak mandi. Kalau balik sekolah terus mandi, kita akan jadi segar!

2) Belajar sambil dengar lagu.
Setengah orang ada buat macam ni, tapi setengah orang tak buat. Macam saya, saya takboleh belajar sambil dengar lagu. Nanti tak focus. Tapi ikut pada keselesaan masing-masing. Ada yang boleh focus ada yang tak. Sambil belajar, kita boleh menyanyi sekali. Tapi, jangan TERLALU khusyuk menyanyi sampai homework pun tak siap. Kihkihkih XD

3) Amalkan doa mengelak diri daripada sifat malas.
InshaAllah kalau kita amalkan doa ni. Kita dapat atasi sifat malas tu. Kita hanya merancang dan Allah yang tentukan. Doa jugak salah satu daripada usaha untuk kita. Kan? Berdoa lah sebelum dan sesudah belajar supaya kita boleh ingat apa yang kita belajar tu sampai bila-bila. Doa ikut ayat kita pun takpa. 

4) Susun semula lepas belajar.
Yang ni perempuan mesti buat kan? Yelah, nak kasi nampak cantik, kemas, baru ada mood nak belajar. Hoho kalau tempat belajar pun bersepah mood nak belajar pun down terus. Nak pandang buku pun tak sudi. Cehwah! Hiperbola betul. 

5) Off-kan handphone/suruh mak pegang dulu.
Kebanyakkan remaja, susah sangat nak berenggang dgn handphone. Lagi-lagi yang ada GF/BF. Mesti asyik nak text je. Lol same with me. Pukul 8 start message dan time tu jugak lah kita nak study kan? Hm, off kan handphone time kita belajar atau suruh mak pegang. Tapi lebih rela off daripada suruh mak pegang. Wakakak dan anda tahu sendiri jawapannya kenapa :P

6) Buat nota yang warna-warni dan ringkas.
Erm, senang citer macam peta minda lah. And selalu saya nampak, perempuan memang rajin buat peta minda yang warna warni. Nampak cantik dan sangat menarik dan akan tertarik untuk baca. Betul tak betul tak betul tak? Ok sila angguk sekarang :B Hahahaaha takyah tulis panjang-panjang, nanti kita pun malas nak baca.

Ni je tips daripada Izyan. Cuba lah salah-satu-daripadanya. Manalah tahu berkesan kan? Hm nak berjaya kena mula daripada sekarang. Nanti kita akan bersedia untuk apa jua yang akan datang. InshaAllah :-) *Comment lah lepas dah habis baca tu. Hehe :3

http://ysmcdn.com/share/my/2550/3181764
http://ysmcdn.com/share/my/2560/3182139

I REALLY NEED YOUR HELP. CLICK LINK DEKAT ATAS TU. PLEASE! BUKAN LINK HANTU TAPI LINK SAYS. PLEASE PLEASE PLEASE V-V


Happy Birthday To Me!


Tumblr_m9zmv7quff1rxg6n5o1_500_large_large

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.
Happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to Izyan Nazirah. Ya Allah, permudahkan lah segala urusanku, panjangkan lah umurku. Murahkan lah rezeki keluarga ku. Dan bimbinglah aku ke jalanMu. Amin....
Alhamdulillah. Masih bernafas sampai hari jadi yang ke 16 tahun. Tapi birthday tahun ni tak semeriah masa Izyan form2. Kawan-kawan siap belikan kek lagi. Tapi tahun ni maybe diorang busy dengan study, homework and kerja lain. Tu yang takda kek, takda surprise, takda wish daripada 6orang best friend Izyan. But nevermind, asalkan diorang sentiasa ada dengan Izyan tak kira susah dan senang. Diorang lah sahabat dunia akhirat. Hehe

And pagi tadi sebelum pergi sekolah, mama orang first yang wish for my birthday harini. Wah! Mama tak pernah lupa wish birthday setiap tahun. Haha rasa terharu kan?! Even selalu marah pun, masih ingat dengan birthday anak. And Izyan pun tak lupa dengan birthday mama! Hikhik i love you so much mama!

Lepastu, dah sampai sekolah, batrisyia, yasmin,diana, sri, melya, shaza wish! Haha nasib dorang ingat en? Kalau tak ingat sumpah sedih gila.. That moment bila takda sapa pun ingat tarikh lahir kita. Hanya kedengaran bunyi "krik...krik...krik...." je. Ah merepek je! Nasib baik tahun ni takda adegan baling tepung bersama telur. Kalau tak, jenuh jugak nak bersihkan baju. Kalau balik dgn tepung sekali, mesti kena marah sebab MEMBAZIR! Lol

Paling tak best, bila petang je. Terus moody. Menangis. Hmmm sebab............... entahla, tahun ni, awal bulan je dah banyak masalah. bagi Izyan, birthday tahun ni tak berapa best!!!! Tak berapa meriah!!!!!! Izyan teringin nak sambut dgn kawan-kawan + family + Azhad. Teringin sangat dalam satu keluarga tu ada diorang. Hahahahaha! Tapi tu semua angan-angan. Mana tahu jadi kenyataan en? Amin. Bila dah kahwin ke baru ada mcm tu. Acewah sampai ke kahwin pula!

Bila balik terus lah online facebook and twitter. Haha terima kasih yang wish birthday dekat saya! Tahun ni sambut birthday dgn twitter and facebook. Lol macam hidup je laman sosial tu.. Hikhik. Dan lama saya tunggu dia online. Akhirnya dia online jugak. And he is Azhad Hakim. Someone special in my heart! And I love him so much. Dia bagi lagu tetttt. Hahahah tapi lagu tu sweet sangat. Dia cakap nak bagi hadiah, tapi sampai sekarang tak dapat lagi. Rasa tak sabar nak dapat hadiah tu. Hoho! (terlalu berharap)

Lepastu, mama balik rumah, ada berita gembira. Mama belikan laptop baru sempena PMR and harijadi. Yeay!! Terima kasih mama! Ingatkan takda hadiah, rupanya ada. Haha ni yang sayang mama lebih ni :-* Btw, even tahun ni tak semeriah dulu, tapi bersyukur sangat masih ramai yang wish birthday. Alhamdulillah masih ada orang yang sayangkan saya.



Kepada pemenang GA, TOLONG BERI KERJASAMA DENGAN KAMI UNTUK MENUNTUT HADIAH AWAK. KALAU AWAK MENANG TAPI TAK DAPAT HADIAH, JANGAN SALAHKAN KAMI KERANA KECUAIAN ANDA SENDIR. TEMPOH MENUNTU HADIAH DARIPADA HARI ISNIN ----> AHAD.


Pemenang The Great Holiday Giveaway by IzyanNzrh and SchaFeeqah Part 2

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua


Macam yang saya cakap semalam. Pemenang bertuah part 2 akan saya umumkan malam semalam atau harini. Dan yeah semalam tak sempat nak umumkan. Dan harini dah tiba. TAHNIAH KEPADA PEMENANG! Dan harini izyan umumkan sekali TOP REFERRAL.

1) KEPADA PEMENANG, SILA CTRL + F DAN SEARCH NOMBOR KORANG. MUNGKIN KORANG DAPAT 2 HADIAH. SEBAB PESERTA LEBIH SIKIT DARIPADA HADIAH. *ALERT*

2) SEBARANG HADIAH YANG KENA BAYAR/TAK DAPAT, KORANG SENDIRI YANG KENA BAGITAHU SPONSOR TU, SEBAB IZYAN DAH TAK MASUK CAMPUR BAHAGIAN HADIAH. *ALERT*

3) TOLONG BERI KERJASAMA ANDA. 

4) PARA PEMENANG, COPY ISI-ISI PENTING BAWAH NI DAN BAGI DEKAT PARA SPONSOR SUPAYA MEREKA TAHU YANG KORANG MENANG APA. *ALERT*

HEADER, BANNER, DOODLE, BLOGLIST
Link Entry The Great Holiday Giveaway by IzyanNzrh and SchaFeeqah :
Nombor Pemenang :
*Hadiah :
*Nama header/banner :
*Width :
Ciri-ciri yang lain :
*Doodle lelaki/perempuan :
*IKUT PADA APA HADIAH YANG KORANG DAPAT* 
TOPAP
Link Entry The Great Holiday Giveaway by IzyanNzrh and SchaFeeqah :
Nombor Pemenang :
Hadiah :
Nombor telefon :
BARANG PENGHANTARAN (TUDUNG, SHAWL, FELT CRAFT, KEYCHAIN)
Link Entry The Great Holiday Giveaway by IzyanNzrh and Schafeeqah :
Nombor pemenang :
Hadiah :
Nombor telefeon :
Alamat : 


SENARAI PESERTA {BOLEH CEK DEKAT SINI KALAU KORANG TAKTAHU KORANG NOMBOR APA}

PEMENANG PART 1 {KALAU TAKTAHU, BOLEH CEK DEKAT SINI}

PEMENANG DARIPADA PART 1 WAJIB TENGOK PEMENANG PART 2 {KALAU-KALAU KORANG MENANG LAGI!}
Top Referral. Tahniah!!

HADIAH : NECKLACE 1X BY PAISHRANGERZ, TOPAP RM20 X1 BY FAZIRAH AZMAN, SHAWL X1 BY FITRYNA AND TUDUNG BAWAL X1 BY SWEETLADY STYLE




RANDOM.ORG

HADIAH : REVIEW BLOG X3 BY HAZIRAH CRYSTAL AND DOODLE X3 BY MUNIRAH MOHD RIZAL 




HADIAH : BEG ATAU PURSE 1X BY NOONA SHOPE


HADIAH : REVIEW BLOG DAN BLOGLIST SEBULAN X5 BY NIK AINAA AND RIBBON X5 BY EKA TIKAH 






HADIAH : MYSTERY GIFT X1 BY HAFIZATUL ASYIRIN AND TOPAP RM10 BY FAZIRAH AZMAN


HADIAH : KEYCHAIN TALI DAN TUDUNG X1 BY NURUL FARAIN AND 1YEAR MEMBERSHIP BY MIRAA HUSSIN'S BLOG 


HADIAH : BLOGSLIST SELAMA 3BULAN X3 BY RAJA FARAH AZIAN




HADIAH : SHAWL X4 BY FITRYNA





HADIAH : HEADER 1X TOPAP RM 1O X1 (X2) BY FATIN HAZWANI



HADIAH : TOPAP RM5 X2 BY IE BAH



HADIAH KALI NI, IZYAN YANG PILIH SENDIRI SEBAB MALAS NAK PRINTSCREEN LAGI. HAHAHAH BANYAK KERJA OKAY NAK KENA BUAT. 

HADIAH : BLOGLIST SELAMA 3BULAN X15 BY FAQIHAH HUSNI


HADIAH : TOPAP RM5 x1 DAN CURSOR x2 dan BLOGLIST 3 BULAN x4 BY NABILA ADAM







Pemenang The Great Holiday Giveaway by IzyanNzrh and SchaFeeqah part 1

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua

1) KEPADA PEMENANG, SILA CTRL + F DAN SEARCH NOMBOR KORANG. MUNGKIN KORANG DAPAT 2 HADIAH. SEBAB PESERTA LEBIH SIKIT DARIPADA HADIAH. *ALERT*

2) YANG NI IZYAN CUMA UMUMKAN RANDOM.ORG SAHAJA. TOP REFERRAL MUNGKIN MALAM NI ATAUPUN ESOK.

3) SEBARANG HADIAH YANG KENA BAYAR/TAK DAPAT, KORANG SENDIRI YANG KENA BAGITAHU SPONSOR TU, SEBAB IZYAN DAH TAK MASUK CAMPUR BAHAGIAN HADIAH. *ALERT*

4) TOLONG BERI KERJASAMA ANDA. YANG PEMENANG PART 2 AKAN DIUMUMKAN MALAM NI ATAU ESOK. BANYAK LAGI SEBENARNYA HADIAH. PENAT KALAU BUAT SEMUA DALAM 1 MASA. HARAP KORANG FAHAM.

5) PARA PEMENANG, COPY ISI-ISI PENTING BAWAH NI DAN BAGI DEKAT PARA SPONSOR SUPAYA MEREKA TAHU YANG KORANG MENANG APA. *ALERT*

SENARAI PESERTA {BOLEH CEK DEKAT SINI KALAU KORANG TAKTAHU KORANG NOMBOR APA}
HEADER, BANNER, DOODLE
Link Entry The Great Holiday Giveaway by IzyanNzrh and SchaFeeqah :
Nombor Pemenang :
*Hadiah :
*Nama header/banner :
*Width :
Ciri-ciri yang lain :
*Doodle lelaki/perempuan :
*IKUT PADA APA HADIAH YANG KORANG DAPAT* 
TOPAP
Link Entry The Great Holiday Giveaway by IzyanNzrh and SchaFeeqah :
Nombor Pemenang :
Hadiah :
Nombor telefon :
BARANG PENGHANTARAN
Link Entry The Great Holiday Giveaway by IzyanNzrh and Schafeeqah :
Nombor pemenang :
Hadiah :
Nombor telefeon :
Alamat : 




RANDOM.ORG

HADIAH : HEADER 2X BY ARISA NAZIFA



HADIAH : HEADER 1X DAN BANNER 2X BY HANIS SYAZANA




HADIAH :  TOPAP RM5 BY NURAIN SYAHIRA




HADIAH : HEADER 2X BY HIDAYAH TERMIZI



HADIAH : TOPAP RM3 X2 BY MEYRA LYANA



HADIAH : KEYCHAIN X4 BY BUNK ANTHEM




HADIAH :  DOODLE X3 BY DAE HYUN




HADIAH : HEADER X1 BANNER X1 BY QASEH HAFIZAH



HADIAH : DOODLE X5 BY YUYU EYKA