Sedih nya tak menang GA Jom Pilih Hadiah T__T takpe lah bukan rezeki IN kan. Hm hm U___U
Harini, sambil duduk-duduk online twitter. IN tengok-tengok lah doodle Pinkizluv. Seriously IN minat sangat-sangat dengan doodle Pinkizluv. Sangat comel dan sangat cantik. Kemas je bila tengok. Wahhh ni dah tahap pro gila habis ni. Setiap kali online facebook. Ada ternampak new post daripada fanpage Pinkizluv. Rambang mata jadinya. Serious talk!
Then, nak hilang bosan-bosan. IN pun try lah buat doodle. First, download dulu SAI. Lukis dekat situ senang berbanding lukis dekat photoshop. Dekat SAI senang nak di bentuk. Ada lah dalam sejam nak buat 1 doodle. Lama en? Biasalah tu, baru nak berjinak-jinak melukis. Kekok jugak lah lukis guna mouse. Selalunya lukis guna pensel je. Ha lagi senang. Kihkihkih. Dan terhasil lah 2 doodle yang tak seberapa.
Lihat lah doodle saya yang tak cantik dan tak kemas ni. Dan IN berjaya! Yeahh puas hati jugak lah lukis doodle hasil karya sendiri kan? Hoho *bangga* Jenuh cari tutorial mata chibie ni. Nasib baik jumpa dekat blog AA. Dan nasib baik tak susah sangat nak buat mata chibie ni. Dan.......................... nasib baik jumpa macam mana nak masukkan corak dekat baju & tudung guna SAI. Sebab kebanyakannya guna PS.
Macam mana doodle IN? Okay ke KO? Inspiration from Pinkizluv. Sekarang ni nak merajinkan diri buat doodle. Heheheheh minat pulak dengan dunia doodle ni! Asyik tengok doodle orang je, nak jugak tengok doodle sendiri :P
Komen-komen lah okay ^_^